Kursus Jangka Pendek Seni Tangan Bersama Pihak Kemas
24 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 23 September 2020, Pihak Pusat Internet Piasau Utara telah mengadakan kelas/kursus usahawan bersama dengan pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang diadakan pada 23/9/2020 bersama 28 orang peserta kursus. Tujuan ini diadakan adalah meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama dan menangani masalah ketidaksamaan sosio-ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif di bawah Gerakan Daya Wawasan; Pendidikan Literasi Komputer, Pendidikan Kesejahteraan Keluarga, Pendidikan Kemahiran, Pendidikan Literasi Fungsian dan Pusat Sumber, konsep pendidikan berterusan selaras dengan pembangunan modal insan di bawah Bahagian Bina Insan; Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Tabika dan Taska) serta Program Makanan Tambahan untuk kanak-kanak. Kumpulan Sasar : Belia, Surirumah, Ibu Tunggal dan masyarakat setempat.
Aktiviti ini mengambil masa 5 jam sahaja dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: